hafiz..oh hafiz

hafiz anak teruna mama seorang ni macam2 perangai dia kekadang buat mama naik angin pun ada buat mama nak gelak pun ada buat mama risau pun ada gak. Tadi lepas ambik dari sek nengok hafiz happy je, dlm kete pun siap pasang cd tengok citer ultraman. Bila sampai kat parking je tetiba buat perangai tak nak gi sekolah agama. Adehhh dlm hati mama mula ler tu nak buat perangai. Mama malas nak layan so buat do no jelah. Sampai je rumah mama terus angkat kain n sidai kain yg lain, sementara tu mulut mama cam biasa memberi arahan
mama : "kakak..abg cepat bukak baju, msk kan baju dlm besen kotor, asingkan baju *means baju putih msk dlm besen putih ..kain warna lain msk dlm besen lain ...mandi cepat ..pakai baju cepat.. baju mama dah sediakan atas katil babah...itulah ayat yg mama hari2 gunakan, mulut mama ni dah cam mesin yg telah disetkan sebab hari2 guna ayat yg sama.
walaupun mama tau hafiz buat apa gak yg mama arahkan tapi apa yg dia buat tu x ikhlas..buat cam nak tak nak je lepas tu siap hempas2..huhuhuh lagi ler membuatkan mama geram ..tapi tak pe sempena bulan puasa ni n kebetulan anak2 mama pun puasa mama sabar dgn kerenah anak2. Lepas mama habis solat mama tengok husna dah siap dah tanpa byk alasan ..tapi hafiz memberontak dgn muka dgn tingkah laku dgn penuh kasih sayang mama peluk hafiz tanya nape tak nak gi sekolah. Alasan biasa keluar dari mulut hafiz penat dan lapar..tapi bila mama suruh buka puasa hafiz tak nak so means hafiz ada tenaga dan boleh pergi sekolah agama. Tetiba keluar ayat dari mulut hafiz..
hafiz : "mama kenapa ALLAH ni dera hafiz"?nape ALLAH suruh budak2 kecik puasa lepas tu suruh gi sekolah pagi lepas tu suruh gi sekolah agama..
mama : tersentak mama dengar kata2 hafiz..YA ALLAH lindungi lah akidah anak mama ni.Tapi mama cool je...mama jawab..ini perintah ALLAH jadi hafiz kena ikut.Tengok kawan2 lain semua puasa..kan babah dah pesan byk kan zikir nanti ALLAH tolong jgn bg perut hafiz lapar.
Hafiz diam dan terus berjalan sendiri tanpa toleh kebelakang. ALLAH bkn mendera manusia sayang..ALLAH nk kita merasa kesusahan, moga puasa kali ini memberi kekuatan emosi dah fizikal anak2 mama.Semoga anak2 mama dpt mengharungi dugaan2 didunia dimasa2 akan datang.Mama tahu anak2 mama penat, bkn mama tak kesian mama kesian sesangat naluri seorang ibu mana tak kesian tapi mama harap anak2 mama kuat kan semangat ini adalah langkah2 awal utk menghadapi dugaan2 dimasa2 akan datang. Kena kuat EMOSI dan FIZIKAL.
Syabas hafiz dan husna setakat ini belum ponteng puasa lagi
~miss

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya