Langkau ke kandungan utama

Umrah 01/05/2010-14/05/2010 part one


Arrgg entah ler mama ni sejak 2 menjak ni susah sgt nak update blog byk aktiviti2 mama dah miss dah. Hhuhhuuu sampaikan kwn2 mama menyakat 'dah nama MISKIAH so sentiasa jelah terMISS ' huhuhu. Bkn apa sejak 2 menjak ni mama sentiasa sibuk dgn kerja2 di office yg berlambak dgn tugasan kat rumah lagi jadi hanya kat office jelah mama berkesempatan nak update. Ok minggu ni student cuti so mama ada masa free nak update blog n skala mood mama pun dah naik memandangkan lepas bercuti, heheheh nanti mama update lak pasal bercuti so ari ni mama nak update pasal kita sekeluarga menunaikan umrah.

Syukur ALHAMDULIALLAH kehadrat ALLAH S.W.T kerana kami sekeluarga berpeluang menunaikan umrah. Memang mama n babah ada berniat nak menunaikan umrah tapi x sangka secepat ini. Mama n babah dpt byk pertolongan dari pakcik babah yg ada relationship dgn ANDALUSIA. Ribuan terima kasih kepada Pakcik Ocik atas sponsor buat pasport n sponsor vaksin kami anak beranak.Semoga bertambah2 ler rezeki Pakcik Ocik aminnn..Rombongan kami dari Malaysia seramai 35 org dimana 11 drpnya adalah family mama sendiri terdiri drp babah, mama, husna, hafiz, adam, habil,nenek,m.usu,kak yah, abg rie n kak nor.

*dari kiri belakang: wak nor, m,usu, mama,nenek,cik yah,babah n habil,wak long,

dari kiri hadapan :adam,husna,hafiz

Rombongan kami diketuai oleh Ustaz nizam dari ANDALUSIA. Kami bertolak dari KLIA pada kol 10.00 pagi menaiki Gulf Air selama 5 jam dan berhenti transit di Bahri, kami transit di Bahrin selama 3 jam utk menunaikan solat jamak zuhur n asar serta jamak maghrib n isyak. Jam 8.30 kami menaiki Gulf ke Jeddah mengambil masa penerbangan selama 2 jam. Cabaran sungguh bila berada di Lapangan Terbang Jeddah dgn pegawai imegresen yg kasar dan sistem pengambilan bagasi yg tidak sistematik. Ketika itu kerusi roda nenek hilang sebab ada lah mamat arab ni simply2 je ambik nasib ler kakak mama ni bijak sebab bubuh tanda dgn riben merah so dptlah balik kerusi roda tu balik itupun atas pertolongan staff dari Malaysia yg berkerja di Jeddah dan kebetulan pulak staff tersebut tengah menunggu mak n ayah beliau dlm rombongan kami.


Ok bila semua dah selesai n bagasi sudah diambik kami menuju ke arah bas yg telah disediakan oleh ANDALUSIA utk membawa rombongan kami ke MEKAH TANAH HARAM dan rombongan kami telah disambut oleh Ustaz Hary mutawif yg akan menjaga dan memantau kami disana. Fuhh cabaran kat sini pulak dgn mamat2 arab yg sesuka2 hati je nak tlg tolakkan bagasi2 so kena hati2 ketika ini sebab last2 mereka akan mintak bayaran. Perjalankan kami ke MEKAH TANAH HARAM mengambil masa selama 2 jam. Jadi kami tiba di hotel EMBER ketika itu jam menunjukkan pukul 12++ jadi kami perlu melaksanakan umrah selepas check in dihotel. Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana atas pertolongan ALLAH anak2 mama senang diuruskan dan tak byk kerenah. Ya! mama akui tidak mudah utk handle anak seramai 4 org yg kecik2 belaka tapi mama n babah nekad utk membawa semua supaya tidak ada beza antara anak2 yg lain.


*Masjidil Haram diwaktu mlm

*Masjidil Haram di waktu siang

Selepas check in kami mula menjalankan ibadah umrah dgn bantuan ustaz Harry yg terlatih dari INDONESIA .Dari hotel ke Masjidil haram sungguh menginsafkan mama, kerana kiri kanan sepanjang jalan terdapat kanak2 yg cacat meminta sedekah. Kanak2 kecil seusia husna, hafiz, adam, habil dan ada yg bayi baru lahir ada juga yg sedang merangkak. Air mata mama menitis satu persatu, bayangkan dlm pukul 12++ sepatutnya mreka sdg nyenyak tido tapi kanak2 tersebut didera dipaksa utk mengemis dgn habuk dgn habuk hanya duduk beralas kan kotak. x dpt nak byangkan tapi mama insaf x dpt nak ucpkan dgn kata2. Bila terpandang je MASJIDIL HARAM depan mata pehhh bersyukur sgt bercahaya2 masjid tersebut.Ketika tawaf anak2 enjoy cuma ketika menjalankan saie masuk pusingan ke 4 mereka dah merengek2 kepenatan tapi atas bantuan kakak ipar mama n adik mama syukur akhirnya berjaya juga kami menunaikan umrah. Ketika tu jam menunjukan angka 3.00 pg so kami tidak balik ke hotel tapi menunggu di Masjidil Haram sehingga solat subuh, lg pun kami ketika itu dah penat jadi berehat sementara tunggu waktu subuh. Subuh kat MEKAH kol 5.00pg sementara menunggu boleh ler solat sunat, solat taubat atau nak buat tawaf sunat pun leh gak. Slepas solat subuh kami menunggu sekejap utk turn solat mayat n sementara tu bg ruangan kepada jemaah2 lain keluar dahulu sebab ketika tu kami membawa emak jadi utk mengelakan terlanggar2 antara jemaah yg lain. Suasana pagi sgt2 best segar dgn permandangan kaabah yg sgt cantik.

Ok dlm pukul 6.45 kami keluar dari MASJIDIL HARAM menuju ke hotel tapi kali ini berlaian pulak suasana sayu sedih ketika perjalan pertama tadi tidak kelihatan tapi permandangan tersebut bertukar riuh rendah dgn suara2 penjual2 yg menjual pelbagai barang cam tasbih, minyak wangi, baju2 kanak2, baju dewasa, kopia dan sebagainya. Sepanjang perjalanan dari MASJIDIL haram ke hotel EMBER berasak2 dgn jemaah2 yg ingin pulang ditambah dgn penjual2 dan jemaah2 yg berhenti ingin membeli. Sampai shj di hotel kami bersarapan huhh masakanan nampak simple klu sekali tengok tak ada selera cuba rasa huhuh sure leh tambah 2-3 kali. Selepas sarapan memasing balik ke bilik utk berehat mama n anak2 pun apa lagi terus ZZZZ. Rasanya cam dah pjg lebar ni nanti mama update part two pulak.

~miss

Ulasan

- H - berkata…
Masih menanti part two ^_^

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...