Habil sakit mata
Habil dah msk hari ke 5 sakit mata. Memula mata dia jadi merah sikit msk hari ke 3 jadi sepit n berair. Hari khamis mama dah bwk habil ke klinik kat mmu ni n doc pun dah bg ubat titis kat mata, hari jumaat bawak habil ke office tapi mama ambik 1/2 day je sebab kesian habil sure tak selesa klu kat lab dgn cuaca sejuk. Hari sabtu n ahad kmi semua balik kg mama kat sepang , masa tu mata habil ok lagi walaupun still sepet..yg ketara hari isnin siap bengkak2 lagi mata habil. Hari isnin turn babah lak jaga habil sebab mama byk keje urgent nak settlekan. Baba bg message yg mata habil makin bengkak n tak leh nak open eye serta demam selesama n batuk. Emmm hari ni mama ambik ler cuti 1/2 day lagi huhuhu. Petang tu gak mama n babah bawak habil gi zahrah bangi huhu lagi ler tension doc kata ni dah teruk kena jumpa gak doc pakar * dlm hati sure doc ni nak duit je kot ....habil merengek2 je sebab gatal kot or tak selesa...buat ler tem janji so besok kol 4 petang kena jumpa doc pakar. Tp sebelum balik doc ada bagi lah ubat titis (ubat yg sama gak ) ubat demam+selesema/tahan gatal n batuk. Cepat2 lah sembuh habil mama dah tak ada cuti dah ni...harapkan babah jelah tu pun babah dah merungut2 jaga habil yg macam2 ragamnya, klu dah merajuk siap jatuh2 kan badan n golek2 lagi tu belum dgn meraung2 menangis cam kena belasah huhuhuh
Ulasan