Husna tak jadi berniaga dengan alasan segan heheheh









Petang semalam sambil2 main besikal husna inform kat kawan2 yg mama dia ada buat aiskrim malaysia. Kol 6.30 petang hafiz masuk rumah n mention "mama kakak nak aiskrim dalam 10 batang kakak nak jual kat kawan2 kakak".Wah dengan penuh semangat aku pun apa lagi ler ambik ler plastik n isi lah 10 batang aiskirm yg aku buat tengahari semalam. x lama kemudian hafiz naik dengan adik dia adam hanif nak makan aiskrim dengan alasan tadi tak dpt makan sebab kakak jual kat kawan2 kakak. Dalam hati ni sure husna boleh bawak RM 2.00 hasil jualan aiskrim malaysia dia tu. Kol 7 husna balik dah bawak 4 orang kawan dia, n husna terus gi ke peti ais ambik 4 batang aiskirm. Lepas solat maghrib aku pun buat lah aiskrim coklat n aiskrim oren sunquik sambil dibantu oleh kakak husna.Sambil2 tu nak tanya mana duit hasil jual aiskrim.

Mama : Kakak tadi tenghari mama buat 20 batang aiskrim, tadi hafiz ambik 10 batang dah jual kat kawan2?

husna : kakak tak jadi lah nak jual mama, kakak bagi je kat kawan sebab kakak segan lah nak cakap yg kakak nak jual.

Mama : sambil nak tahan gelak * emm ingatkan dptlah hari ni RM 2.00* ..la tadi beriya2 sangat nak berniaga last2 segan lak nak cakap kakak nak jual 20 sen sebatang.

husna : emm tak pelah mama besok kakak ckp dgn kawan2 klu nak makan aiskrim kena bayar 20 sen.

husna : mama marah kat kakak ke ?

Mama : x lah mama tak marah lah mama tak kisah pun klu kakak nak jual pun boleh tak jual pun tak apa makan sama2, dah kakak ckp nak berniaga nak jual jadi mama bagi sokongan jelah kat kakak. Kakak kata nak kumpul duit dlm tabung nak belajar kat tempat org putih nak beli rumah besar jadi ini lah titik permulaan klu kakak nak berniaga.

husna : kita rugi ke hari ni mama
* lagi mahu tanya ke huhuhuuh (teringat cerita wan kat mama pasal abah dulu ckp nak jual kuih bila wan dah buat n suruh jual bila bawak balik 1 pun tak terjual dengan alasan malu nak jual huhuhu * pepetah melayu bapak borek anak rintik)
mama : klu ikutkan dlm perniagaan (mama kena bukak kitab perniagaan masa mama belajar tingkat 4 dulu lah or kena tanya babah pasal perniagaan ni kan babab tera bidang ni kan heheheh ) ini dah kira rugi tapi tak apa lah kira hari ni kita buat promosi yg husna ada jual aiskrim.

husna : promosi tu apa mama ?
adam hanif : posi apa mama ? ( suka mengikut ckp)

mama : promosi tu cam kita kenalkan kat org yg kita ada jual aiskirm

husna/adam hanif : oooooooooo ( oo je panjang tapi tak tahu ler paham ke idak harap paham)
mama : kakak kata tadi tak nak main besikal tapi nape main ?
husna : sambil tersengih " kakak tengok kawan2 main, lepas tu hafiz pun nak main gak dia dah tera naik besikal x ada roda tepi mama"(ni cam ayat nak ubah tajuk heheh :)
mama : oo hafiz dah pandai dah iyer naik besikal wah tahniah2.
Lepas husna buat aiskirm dia susun buku sek n main games ben 10 sekejap dgn hafiz. Tup2 dia dah terlena penat sgt kot sebab lepas mengaji terus main besikal.So tadi sempat lah buat 2 jenis perasa coklat 8 batang dgn perasa oren 7 batang. Harap2 besok husna leh berniaga aiskirm malaysia dia.

~miss~

Ulasan

Umi Aida berkata…
wahh.. husna, cam ni leh jadik tokey aiskerim!
heheh husna ni memula je semangat nak jual tapi bila dah tiba masa nya dia segan nak ckp.
Jue ~ mama DnD berkata…
mis...tulah tu hrtu nampak danish pegang eskrem m'sia tu 1..dalila 1.. nabilah nak wani 1... tya kat danish mana dpt eskrem tu..? dia kata hafz bagi... mama dia jual..
pastu tya abg dah bayar lom..? dia kata x yah bayar mkn jerk.. bertuah danish...
nampak gayanya kita pun kenalah wat eskrem m'sia kat dnd nie... kalo x asyik menegapau org punay sajork.. hrtu pau adam sebelah umah..
a'aa memang ada buat aiskrim byk sajer je melayan anak2. Idea buat aiskrim malaysia ni pun dari kak aida coz, husna suruh buat aiskrim cam ummi iqa buat.Dpt pembungkus free tu yg terus buat hehhehe. x pelah jue budak2 dari situ kita tahu bebudak ni ada give n take n tau bertoleransi antara satu sama lain.Nak melayan husna dia yg iyer2 sgt nak menjual kononya angan2nya besor kekekek..

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya