Catatan

Ikan Keli Salai

Imej
KAMI ADA MENJUAL IKAN KELI SALAI 1 PAKET 5 EKOR RM 8.00 , 1 KILO RM 20.00 .JIKA INGINKAN TEMPAHAN SILA LAH HUBUNGI KAMI 019-3859212 (MISKIAH). IKAN INI DIBELA OLEH KAMI SENDIRI DITANGGUNG HALAL DAH JUGA DISALAI MENGGUNAKAN ARANG (ORIGINAL). IKAN KELI SALAI INI SEDAP DIMASAK LEMAK CILI API DICAMPURKAN DENGAN BUAH BELIMBING ATAU PUN BACANG MUDA. PENGEDAR DIPERLUKAN .

Check list

Check list -Baju raya-done -kuih raya mak sepang mak pilah -done * mak sepang dah pass tadi -duit raya - done -service kete -done -kasut raya-done -touch n go -done -nursery-done -bas sekolah-done -kelengkapan pak mertua n mak mertua-done -packing baju-X -kemas rumah-X -gosok baju sekolah-X -packing baju -half rasanya ni je kot nanti klu ingat mama tambah lagi ler ~miss

Home made

Imej
*bahan2nya butter, conflake n madu *2 org pembantu2 mama husna n habil abg hafiz n abg adam gi terawih *panas lagi lepas dibakar *emm sedap *tadaaa....dpt 1 bekas Mlm tadi lepas berbuka mama n husna buat project buat biskut raya conflake madu. Sebenarnya ni idea husna lah beriya2 sgt suruh buat biskut raya. Dari puasa minggu pertama lagi dah merengek2 so utk memenuhi hajat anak dara mama ni, cuti kena paksa oleh MMU 30hb ari tu mama gi presint 9 beli bahan2 buat biskut conflake madu. Memula mama pening gak nak buat kuih apa ye tetiba bos kedai tu bagi mama idea buat kuih conflake madu ada lah beberapa idea bos kedai tu bagi tapi next projek lah. Petang semalam gak mama pinjam oven cik mint kawan mama a.k.a jiran mama. Oven mama kat kg wan ari tu lupa mama nak bawak balik cyber.Lepas je berbuka n abg hafiz n abg adam gi terawih mama, husna n habil memulakan projek. Senang je buat biskut ni langkah pertama 1.Butter sikit je klu 1 butter tu boleh potong 4 * kacau butter tu bg cair. 2.B...

Cucu2 nenek

Copp2 terlupa lak mama nak citer pasal cucu2 nenek. Ha!! sure terkejut kan mama dah kira2 dah siap pakai calculator lagi..semua cucu nenek ada 42 org. Ramaikan? jgn tak caya tul2 mama dah kira semuanya...klu x caya meh kita kira sama2.Sebelum kira pastikan kat tangan ada calculator ye hehhehe..mana tau kot salah karang mama disalahkan :P 1.Abg Basri + Kak Normah = 4 2.Abg Sukaimi + Kak Ngapinah = 6 3.Abg Shahlan + Kak Norashimah = 6 4.Abg Maarof + Norazimah = 3 5.Kak Siti + Abg Razali = 5 6.Abg Daud + Kak Hamidah = 4 7.Abg Pozi + Kak Hanifah = 3 8.Abg Rollizam + Kak Noor Asyikin = 1 9.Kak Siti Daziah + Abg Izmal Hisham = 3 10.Mama hehe Miskiah + Mohd Hisham = 4 11.Siti Fauziah + Sobirin =3 total = 42 tul x? semuanya ada 42 org insyallah tahun depan 2011 dpt seorang cucu lagi ...mak mama ni..tiap2 tahun sure dpt cucu. Nanti mama ada masa mama post pasal cucu2 nenek dari no 1 sampai ler no 42. Meh kita kira sama2 lagi... anak nenek =11 menantu nenek =11 cucu nenek = 42 total = semuanya 6...

Berbuka dgn mak n adik beradik

Imej
Macam biasa aktiviti tahunan bila menjelmanya bulan puasa kami adik beradik akan calling2 nak berbuka bersama2. So cam tahun2 lepas gak kami adik beradik akan berkumpul nak berbuka kat kampung, tapi tahun ni vanue dah bertukar sajer je nak tukar angin buat kat rumah abg no 2.Tiap2 tahun buat kat kg emmm tapi klu tukar tempat buat kat restoran ke buat kat hotel ke sure bestkan heheheheh....sapa nak sponsor lalalalal sapa nak jawab ???? So cam biasa ketua kumpulan send sms n calling2 adik beradik nak mention nak buat majlis berbuka puasa sama2 dgn mak pada 21/8/2010.Ketua kumpulan biasalah adik mama yg seorang ni heeh tak sangka kan ketua kumpulan sepatutnya abg yg sulung tapi dah bertukar tangan ketua kumpulan adik yg bungsu heheheh. Cam biasa semua persiapan telah disediakan oleh adik mama ni...dari A-Z dari makanan hinggalah minuman. Mama pun cam biasa dtg bawak diri heheh hampeh kan ada kakak cam ni huhuh, dan mama tolong ler kakak ipar mama masak. Kakak ipar mama ni best cepat betul...

cup cake

Imej
Sebenarnya dah lama dah nak post pasal cupcake ni, tapi tak sempat2 sebabnya gambar kat camera lain. Ikut tarikh gambar ni diambik 6/6/2010 bersamaan ari ahad. Ni pun first time buat cup cake, gara2 nak melayan anak dara mama seorang ni.Merengek2 nak buat cupcake. Mama beli barang2 pun yg readymade just campurkan semua je senang.. so tadaaaa....hasilnya * * * * * * * * * * sobbiess cupcake mama tak comeii herot berot, ni disebabkan mama salah beli cup sepatutnya cup lebih keras sedikit, bila dah siap jadi ler herot berot. Jgn x caya rasa sedap heheh siap deco2 lagi cuma rupa paras tak comeiii. Sempat ler gak mama bg kat jiran2 mama walaupun rupa paras tak cantik herot2 yg penting rasa sedap...class gitu.

hafiz..oh hafiz

hafiz anak teruna mama seorang ni macam2 perangai dia kekadang buat mama naik angin pun ada buat mama nak gelak pun ada buat mama risau pun ada gak. Tadi lepas ambik dari sek nengok hafiz happy je, dlm kete pun siap pasang cd tengok citer ultraman. Bila sampai kat parking je tetiba buat perangai tak nak gi sekolah agama. Adehhh dlm hati mama mula ler tu nak buat perangai. Mama malas nak layan so buat do no jelah. Sampai je rumah mama terus angkat kain n sidai kain yg lain, sementara tu mulut mama cam biasa memberi arahan mama : "kakak..abg cepat bukak baju, msk kan baju dlm besen kotor, asingkan baju * means baju putih msk dlm besen putih ..kain warna lain msk dlm besen lain ... mandi cepat ..pakai baju cepat.. baju mama dah sediakan atas katil babah... itulah ayat yg mama hari2 gunakan, mulut mama ni dah cam mesin yg telah disetkan sebab hari2 guna ayat yg sama. walaupun mama tau hafiz buat apa gak yg mama arahkan tapi apa yg dia buat tu x ikhlas..buat cam nak tak nak je...