Selamat Hari Bapa
Sempena hari bapa pd bln june ni mama nak say selamat hari bapa terutama pd bapa mama iaitu DARMAN BIN SAPON pada babah a.k.a hubby mama, abg2 mama, abg ipar mama dan kepada bapa2 dimamalaysia:D. Bila sebuat hari bapa mama dah mula sedih sebab bapa mama tengah sakit sekarang ni. Bapa mama sekarang berada di hospital besar seremban ward 7 katil 32 A.Tetiba mama teringat kenangan2 masa mama kecik2 dulu2. Bapa mama ni klu balik dari keje sure akan bawakan jajan utk anak2 dia time tu anak2 yg masik kecik kakak mama kak yah, mama n adik mama iaitu mak usu. Bila dia balik je sure dia akan panggil kesemua anak2 ppuan dia dgn panggilan manja intannn...mama sendiri pun tak tau apa sal bapa mama suka sgt dgn nama intannn tu.Jadi kami semua akan dtg n berebut2 jajan yg bapak mama bawak huhuhuh tetiba lak menitis air mata mama teringat kisah2 lama. Hari ahad lepas mama sempat bawak anak2 mama melawat atuk kat hospital seremban sebab paru2 atuk ada jangkitan kuman. Sebenarnya atuk dilanggar bebudak race motor pada tahun 1995 dan dikepala atuk ada pendarahan dan atuk koma klu tak silap mama 3 hari. Sejak tu kesihatan atuk semakin bertambah teruk, tapi atuk jenis kuat semangat still nak bekerja kekadang gi kebun still buat kerja2 harian. Atuk semakin kritikal pada tahun 2005 ketika sehari sebelum majlis pertunanagan mak usu, time tu atuk jatuh kat kebun sebab tersangkut akar kayu. Sejak tu atuk makin tak kuat, dan terus sakit hinggalah kehari ini. Sejak tahun 2007 atuk dah tak boleh lagi makan secara manual atuk kena gunakan saluran paip yg dimasuk kan melalui hidung hingga ke perut. Atuk hanya bergantung dgn susu khas semata.Atuk sekarang tak leh nak berkata2 hanya diam sahaja dan kadang kala menitis kan air mata. Atuk dah koma tapi mama bersyukur sebab atuk dpt lihat ke semua anak2 beliau seramai 11 org berkeluarga. Sekarang atuk dijaga dgn baik oleh abg mama yg kami panggil abi, terima kasih abi sebab menjaga bapa dgn baik dah sempurna. Di kesempatan ini selamat hari bapa .........
~miss
Ulasan