Catatan

Hari Dialog Prestasi Sekolah Kebangsaan Cyberjaya 2023

Imej
Assalamualaikum 15/09/2023 (Jumaat), Hari Dialog Prestasi  Disebabkan babah tak dapat cuti, dan kebetulan juga hari ni abang habil balik jadinya mama kena bawak kakak husna ke sekolah. Mama gi tingkat 2 kelas Mis Aufa 4 Jaya dan kakak naik ler ke tingkat 3 kelas Mis Aimy 6 Yakin. Mama dah tak larat naik tangga2 lagi mama mintak kakak wakilkan mama ambik result Mis Aimy.  Syukur alhamdulillah tahun 2023 pencapaian anak2 mama meningkat dengan baik. Tahniah Mis Aimy result pertengahan tahun byk  subjek TP5 dan TP6 cuma 1 je TP4. Tahniah dan good job tuk Mis Aufa semua subjek TP 4 dan 1 subjek TP5. Mis Aimy terus kan kecemerlangan yang ada dan pada Mis Aufa peningkatan yang amat baik, pelan2 Insha Allah Mis Aufa boleh dapat banyak TP5 dan TP6 akan datang tunggu turn Aufa lama sangat, mama yang beratur awal dari kakak husna, tapi kakak husna dah siap dulu ambik result Mis Aimy. Sementara tunggu turn Aufa 2 beradik ni snap lah gambar, bukti kakak support adik2..iyer lah hahahahhaah hahahhaha

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-22 tahun 2023.

Imej
  07/09/2023 (Khamis) Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-22 tahun 2023. Masa : 8.37 Malam Tempat : Kompleks Sukan University Malaysia Pahang Al-Sultan Abdulla (UMPSA) Gambang Video boleh layari link  https://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamPahang/videos/335523748963710 Johan keseluruhan dimenangi oleh Negeri Terengganu, yang telah mendapat 4 emas. Insya Allah KESSUMA kali ke 23 tahun 2024 akan diadakan di Negeri Terengganu Darul Aman Keputusan KESSUMA Negeri Selangor Bola Sepak- suku akhir 2. Bola Jaring - grouping 3. Sepak Takraw - suku akhir 4. Ping pong - lelaki no3                         - perempuan no1 5.Bola Tampar - lelaki no2                             Perempuan- suku akhir 6.Badminton- lelaki suku akhir                         - perempuan no 2 -misdarman-

Kereta kakak bocor

Imej
  Assalamualaikum 13/09/2023 (Rabu) Dean FOE belanja breakfast tuk lab staff dan admin. Jadi kami semua kena pakai baju koprat putih untuk sessi photo long service award. Kena abadikan kenangan dengan kawan2 sebab masa ari tu ada yg tak dapat nk joint atas urusan kerja luar.Terima kasih byk2 Dean FOE Assoc.Prof.Dr. Ooi Chee Pun kerana belanja breakfast dan menghargai kami. Kakak husna call  kereta bocor tapi kakak dah parking kat FOM. Mama jawab dengan tenang tak pe kak biarkan je kereta tu kat parking FOM, kakak gi lah kelas dulu nanti pandai lah mama handle ( cewah ayat tenang je kan tapi dalam hati mama adoii sapa lah yg nak mama nk mtk tlg ?).Mama pun tak tanya cam mana boleh bocor kakak langgar apa? bla..bla..blaa. Malas nk fikir pasal kereta sebab mama sibuk dengan sarapan pagi dengan dean n dengan sessi bergambar itu lagi penting kan !! hahahahahah risau sungguh babah dia bila anak dara stress. Nak tak nak mama lah kena handle n kena settlekan sebab mama yg ada dekat MMU ni. Kal

Long Service Award 23 Years

Imej
  Assalamualaikum 08/09/2023 (Jumaat) Sembang Santai 2023 With the Presiden and Top Management MMU.Happy mestilah mama happy sebab rasa dihargai, rasa diperlukan, rasa diraikan, rasa disayangi, rasa terharu, rasa sebak, rasa bangga, dan macam2 rasa bila disatukan rasa happy sangat2. Impian yang mama angan2 dah tercapai walaupun tak 100percent tapi kira bersyukurlah sebab President dengar isi hati mama. Terima kasih President MMU   YBHG. PROF. DATO’ DR. MAZLIHAM MOHD SU’UD. Mungkin pada sesetengah staff tak ada makna tapi pada mama sangat2 bermakna. Suka duka,perjalanan hidup, perkahwinan, melahirkan anak2, membersarkan anak2 hingga sekarang semuanya di MMU. Banyak memory banyak sejarah tercipta di MMU. Ini adalah impian mama, impian setiap orang tak sama dan kita manusia pun tak sama, kehendak dan keperluan kita pun tak sama. Kepuasan setiap manusia juga tak sama. Pada mama syukur itu perlu atas apa yang kita dapat sebab semua kan aturan dari Allah dan DIA jua yang mengerakan setiap re

Sahsiah terpuji Mis Aufa Huwayda

Imej
Assalamualaikum Isnin 04/09/2023 Mis Aufa Huwayda telah menerima sijil penghargaan sahsiah terpuji bagi bulan Ogos 2023. Terharu mama sebab Mis Aufa dapat pengiktirafan dari sekolah. Good job Mis Aufa.     5 orang pelajar menerima Sahsiah terpuji bagi tahun 4, bulan Ogos 2023. tahniah kepada semua. mama abadikan sijil untuk kenangan2. Mis Aufa suka sgt, gembira bila dapat naik pentas. Rasa best sebab diberi penghargaan, jd ini merupakan titil tolak untuk Mis Aufa berusaha lagi supaya dapat naik pentas cam kakak2 dan abg2.Amin2x Mama tak mau banding2kan pencapain Mis Aufa dengan anak2 yang lain. Setiap anak ada kelebihdan, jadi kita as parent yang kena gilap yang kena cungkil or yang kena bagi sokongan dan dorongan. Jangan lah nk beza2kan setiap anak. Mama doa moga mama dijauhi dari perasaan membezakan anak2.  -misdarman-

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya

Imej
      Assalamualaikum 07/9/2023 (Khamis) Sekolah Kebangsaan Cyberjaya ada mengadakan aktiviti Pertandingan pakaian Patriotik.Sempena Bulan Kemerdekaan yang ke 66 tahun yang anjurkan oleh panitia Sejarah. Jadi anak2 mama Mis Aimy dan Mis Aufa menyertai pertandingan tersebut. Jadi pagi2 kelam kelibut lah juga sebab nak siapkan 2 anak dara. Syukur kakak dh sihat dapat lah bantu mama siapkan adik2. Walaupun dah prepare malam tadi tapi biasalah ada jelah benda yang jadi lambat bila bersiap walaupun anak2 dah bangun awal. Mis Aufa makeup sendiri tudung kakak husna yg pakaikan, tatarias pun dari kakak husna terima kasih cikgu Ade share video Mis Aufa. Alahai anak kenapalah laju sangat  bak kata kakak husna cam ninja warrior je hahahahah. Pada mama good job Aufa sebab berani naik pentas. dah besar anak no 5 mama ni, percaya atau tidak Mis Aimy pakai baju kakak husna masa umur kakak husna 17 tahun. Baju raya tahun 2018, ini ada kebarangkalian Mis Aimy lagi besar dan lagi tinggi dari kakak husna

Suku akhir sepak takraw KESSUMA Selangor vs Perak

Imej
  Assalamualaikum 06/09/2023 Rabu, hari ke 3 KESSUMA.  Selangor layak untuk masuk suku akhir, jadi kena lawan Perak.  bukan rezeki untuk Selangor dan bukan rezeki abg adam nk bg mata kepada Negeri Selangor. Selangor kalah dengan Perak. Tak pelah menang kalah adat lah dalam permainan. Yang penting pada mama ialah pengalaman. Pengalaman dapat pergi tempat orang, pengalaman jumpa kawan2 baru jadi kena luaskan networking, pengalaman lawan dengan negeri2 lain. Pengalaman tu amat berharga jadi tak boleh dijual dengan duit. Abang adam dh sampai ke tahan wakil selangor pun mama dah bangga dengan anak mama. Mama tahu adam dh buat yg terbaik dan lawan pihak lawan hingga ke titisan yang terakhir. Abg adam dh henyak sampai lunyai. Apa2 pun itukan semua rezeki. Lawan kalah mati bila lawan perak kalah so untuk hari ke 4 dan ke 5 abg adam cuma jadi penyokong untuk sukan2 yang lain.  Habis KESSUMA ni kena focus dekat trial SPM yg tak lama lagi. Good job abg adam -misdarman-