Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mis Aimy

Mis Aimy 8 bln

Imej
Assalamualaikum Saya dah 8 bulan, saya dah tera merangkak dgn laju dan dah tera lepas tangan !!! dan saya tera bantu mama saya mengemas rumah . Kegemaran saya main air dan koyakan kertas....:) 07/06/2012 08/06/2012 09/06/2012 10/06/2012 11/06/2012

Mis Aimy 7 bln

Assalamualaikum gambar kat hp babah so mama tak sempat nak upload

Mis Aimy 5 bln

Imej
Assalamualaikum huhuh dah lama tak update blog..takpe2 demi sentimental value mama upload gambor aimy 6bln. Sy dah naik walker dah...

Mis Aimy 6 bulan

Imej
Assalamualaikum Saya dah 6 bln ...saya dah pandai meniarap n menjulur :)

mis aimy 4 bln

Imej
Assalamualaikum Tada...ni gambar sy umur 4 bln

Cengkelak a.k.a terkehel

Imej
Assalamualaikum Minggu lepas mama EL 2 hari dari 26hb-27hb dan ambik 1/2 day pada 25hb sebab apa? sebab gara2 Aimy terkehel bak kata org jawa cengkela k , waduhhh cam mana leh jadi cam tu??? jawapanya biar lah rahsia .........tp yg penting bkn mama yg buat ye!!!. Bila dah terkehel bahu aimy so aimy pun kerap lah mendendangkan lagu2 merdu2 dari rentak balada ganti ke rentak pop dan lama sgt menyanyi tukar lak rentak ROCK huhuhu kesian anak mama.Bila dah start rentak ROCK jadi sapa2 yg dengar pun akan rasa tak keruan. Ni bkn citer pasal AJL mlm tadi Awan Nano menang tp pasal Aimy terkehel bahunya sapa yg buat??????? tanya sama pokok Dukung salah, riba salah, kiri salah kanan salah asyik merengek je, tido kejap2 jaga bila nak mengeliat mulalah dendangan lagu bermula sebab sakit..dah lah sakit bahu batuk lak pulak anak mama ni, makin byk rentak ler alunan suara aimy . Mama call tukang urut dia free petang khamis je, pada awalnya mama ingat nak gi ke rumah tukang urut kat dengkil t

Mis Aimy Humaira genap 3 bln

Imej
Assalamualaikum Hari ni genap Mis Aimy Humaira 3 bln 11/01/2012, satu lagi yg mama suka dah ada water mark kat gambor. *nengok tu ada water mark 'Mis Family' suka2x nanti mama upload gambor Aimy masa sebulan n 2 bln entah mana satu card memory mama simpan.

welcome to Mis Aimy Humaira bt Mohd Hisham

Imej
Assalamualaikum Syukur kehadrat ALLAH S.W.T mama selamat bersalinkan anak mama no 5 yg diberi nama MIS AIMY HUMAIRA pada 11/10/2011, berat 2.35kg,jam 5.21petang di Pusat Rawatan Islam Al-Zahrah Bangi. Baby comei mama ni keluar genap2 minggu ke 36, dah tak sabor2 nak keluar sgt dah!!!..ok meh mama imbas kembali pada 11/10/2011 sebelum kelahiran Mis Aimy Humaira. Coretan ini adalah khas utk anak2 mama, bila anak2 mama baca so tahu betapa besarnya pengorbanan seorang emak dan betapa kasih sayang mama pada anak2 mama. 11.00 mlm 10/10/2011 Mama tak lena nak tido kejap2 mama terbangun tak selesa nak tido, mengereng kekanan salahnak kekiri pun salah nak terlentang lagi ler salah. Kejap mama tido kat kerusi rehat kejap mama tido sebelah habil kejap mama tido kat bilik semuanya serba tak kena, perut mama kejap2 mengeras mama rasa tak selesa sangat. Mama pujuk hati tak mungkin mama nak bersalin lagi sebab tak keluar tanda2 lagi. 5.30p pagi 11/10/2011 Mama bangun gak na