hujan2 ni teringat kejadian rabu 27hb

Assalamualaikum
Seperti yg dirancang mama nk bawak anak2 mama semua check up gigi kat klinik kesihatan salak. Lepas dpt izin dari babab so seawal kol 9.00pagi dah keluar rumah n bawak anak2 seramai 6 org gi sarapan dulu,bg perut anak2 kenyang supaya nanti masa mama bawak kete anak2 tak bising lapar.Semua berjalan dgn lancar sebab memang awal2 dah inform kat anak2 n mereka semua faham.Syukur memasing dengar arahan kakak husna take care aufa, hafiz take care aimy n adam take care habil.Perjalanan ke salak tinggi dalam keadaan yg tenang mama bawak 80 je tak mahu bawak laju2.
Syukur spai je kat klinik salak senang dapat parking n kami semua terus kebahagian gigi. Disebabkan tingkat 1 so mama tinggalkan ler stroller aufa kat bawah. Memandangkan semua dah di atur so semua urusan dipermudahkan  n seorang2 anak mama jumpa doktor. Aufa pulak baik tak merengek tido je cuma sekali sekala aimy merengek berebut keropok dgn habil. Biasakan anak ramai memang mama bawak air +keropok +roti utk anak2.
Bermula lah episode dugaan yg  memerlukan mama bersabar,tenang dan tak mau bagi anak2 stress itu adalah janji mama lepas mama keluar ward ari tu. Mama tak nak tension2 kan diri mama takut darah tinggi mama naik walaupun sebenarnya mama tak ada darah tinggi. Bila kami semua turun ke bawah kami tengok stroller aufa dah tak ada, mama manusia biasa pada awalnya mama geram gak tp mama pujuk hati mama mungkin ada baby lain yg memerlukan stroller tu moga kita dpt pahala dgn rasa ikhlas dan redha.kakak husna abg hafiz abg adam n habil marah sgt tp mama pujuk anak2 mama 'tak pe ni mungkin bkn rezeki kita ' tak pelah dah hilang sudah lah maafkan jelah org yg ambik tu mungkin anak dia lebih memerlukan stroller berbanding aufa.
Mama drive kete pelan2 sambil pujuk anak2 mama yg masih lagi tak puash hati pasal stroller hilang. Tetiba aircond panas , temperature kete naik tinggi dan kete jadi slow....adoiii nape kete ni tetiba buat perangai... dah ler kat belakang ada byk kete. Dlm saat2 cam ni lah mama kena tarik nafas n tenangkan diri jgn gelabah, pujuk hati dengan harapan dia org faham keadaan mama bawak kete pelan sebab anak ramai dalam kereta.
Bila mama nk call mama tgok kredit mama tak ckp hanya sempat boleh send sms mintak babah call mama, lagi ler mama rasa sedih tgok hp batery tinggal nyawa2 ingat. Apa lg mintak babah call mama n mintak babah roger kwn2 mama kat FOE.Sementara tunggu bantuan dtg.. habil and aimy merengek lapar huhuhu..kebetulan kat tempat mama parking tu ada kedai makan so mama pun bawak lah semua ke kedai konon2 nak makan tetiba adoiii tgok dompet mama cuma ada RM 10 je cam mana mama leh tersalah beg ni. Masa sarapan pun tak boleh perasan yg mama salah beg n sudah semestinya mama tak bwk IC kot kena block sure kena saman.Pujuk anak2 kita minum je dulu ye sebab mama x ckp duit anak2 pun faham so kena share air botol cam biasa mama dpt ler 2 kali sedut air demi anak2. Tp dlm pada masa yg sama anak2 lapar nampak sgt habil merengek nak ayam goreng abg adam tengok je org makan sobbb....sobbb maaf kan mama atas kesilapan yg mama buat gara2 salah beg.
Syukur kwn mama kerul azrin dtg terus tolong mama dgn pantasnya. Dlm pada masa yg sama babah pun 1/2 day sebab risau kan aufa takut terjadi apa2 pada aufa. Ya ampun next time mama tak nk ler buat lagi konon2 nak berdikari huhuhuhu next kena pegi juga dgn babah.
Ngadu kat babah lapar so babah belanjar semua makan kat kedai n9 kat dengkil ha! ambik anak2 makan berselera bertambah2 coz kol 2++ baru dpt makan nasi.
Spai rumh kol 3++ petang huhuh memasing dah kepenatan... itulah tragedi 27hb.

*stroller aufa hilang
*kete rosak
*nak call kredit x ckp
*battery hp tinggal sikit
*salah bwk beg tangan 
*ada RM 10 je


Pd kawan mama En kerul n En azrin terima kasih byk2 jasa ko org tak dpt ku lupakan. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya