Catatan

Kembali lagi

Imej
Assalamualaikum Tak ada mood msk keje ari ni still mood nak bercuti!!!! sory ye bkn mood raya lagi tp mood nak bercuti sebab mama dah 9 hari dok rumah jadi suri rumah sepenuh masa..diulangi suri rumah sepenuh masa full stop!!! Mencabar rupanya jadi suri rumah sepenuh masa tabik spring dgn ibu2 yg jadi suri rumah sepenuh masa. Cita2 mama nak jd suri rumah sepenuh masa skrg berada diskala 4/10 huhuhu. Alhamduliallah perancangan mama berjalan dgn lancar walaupun tak mencapai target 100% tp pada mama berbaloi gak ler dpt mengemas rumah mama. Cuma tinggal 1 bilik sahaja yg mama tak sempat nak kemas iaitu bilik no 3 yg boleh dikategorikan sebagai bilik stor (entah bila lah dpt kemas bilik no 3 tu????) . Barang2 baby dah mama basuh dan siap lipat cam barut, sarung tangan, sarung kaki, baju2, selimut, tuala, bengkung mama means semua kelengkapan baby dah get ready. Tilam n bantal baby pun mama dah jemur dan boleh digunakan bila2 masa je. Ha! satu lagi pencarian barang2 kemas husna pun mama dah

Bercuti selama 1 minggu

Imej
Assalamualaikum Next week start 12/9-16/9 mama bercuti selama 1 minggu. Kenapa? hhhehehhe sajer mama nak bercuti nak mengemas rumah heheheh asyik mengemas je entah apa yg nak dikemas lagi kan? dari sebelum raya asyik entry pasal mengemas je kan tp rumah tak kemas2 gak huhuhuhu. Sebenornya mama nak mengemas barang2 baby nak mengemas utk sambut org baru. Mama nak prepare awal2 takut lah mama bersalin awal sebab nengok graf anak2 mama makin lama makin cepat sebab habil je week 33 dah tak sabor nak keluar last2 weeks 35 terus tak sabor mama dah bersalin. Skrg ni mama dah nak msk weeks ke 32 so kira2 adalah dlm 3 weeks lagi.Mama ni bkn apa nak berlaku adil pada anak2 mama,walaupun baby ni dlm perut lagi n tak tahu apa2 pun tp mama still nak prepare sikit barang baru utk org baru n mama tak nak rasa bby dlm perut ni rasa dibanding2kan antara anak2 lain. Dan satu lagi nape mama cuti 1 minggu sebab mama nak mencari barang kemas husna yg entah mana mama simpan huhuhuh tu lah kan mama ni kerap b

Misi mencari gambar raya

Imej
Assalamualaikum Entah ler this week ngada2 telah melanda mama nak mencari gambor2 raya lama2. Sebenornya tiap2 tahun mesti ambik gambor tapi mama tak tau mana mama letak huhuhu. Serambut alam sungguh lah cam gini. Dulu masa time kodak adalah mama cuci2 tp lepas melandanya camera digital ni entah ler mana mama simpan. Nanti ler ada masa mama nak godek2 kat pc lama huhuh hope mama dpt cari gambor2 lama.

Raya 2011

Imej
Assalamualaikum Syukur kehadrat ALLAH S.W.T yg tidak terhingga kerana mengizinkan perancangan mama berjalan dengan lancar dan tersusun. Mama dpt menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menantu dan babah dpt menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Walaupun penat tapi mama puas hati dpt mengembirakan mak mertua mama aka mak kepada babah. Almaklum ler mama kan menantu sulung dan babah adalah anak sulung so semua tanggungjawab di bahu mama dan babah. Syukur baby dlm perut pun faham dgn situasi mama tak byk ragam. Sehari sebelum raya memang mama dan babah sibuk sesangat tp syukur semuanya berjalan dengan lancar. Rendang ayam siap! rendang daging siap! lemang siap ! (beli je tahun ni first time tak buat sebab tak larat) , ketupat segera siap! kuah kacang siap! kuih muih siap! air siap! kemas2 siap! heheheh semua dah siap!!! suka2x Raya yg ditunggu2 pun menjelma cam biasa pagi2 kami anak beranak dah bangun sama2 solat subuh berjemaah. Anak2 senang diuruskan sebab memang awal2 dah ck

Selamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin

Imej
Assalamualaikum Besok mama dah start cuti dah, nak bersiap2 utk balik kg. Mama nak kemas rumah bagi bersih dan nak pack mana2 barang yg belum dipack. Bkn apa mama tak suka klu nak balik kg dlm jarak masa yg lama tinggalkan rumah dgn bersepah nanti jiwa mama tak tenang. Ialah rumah mama bkn nya lawa mana pun bkn besar mana pun tp klu boleh mama nak semua clear. Cam tak nak ada baju kotor, pastikan semua kain2 berlipat dan tersusun dlm drawer, cadar dan sarung bantal siap tukar, rumah siap bersapu dan tak ada sampah2 dlm tong sampah dan mama nak pastikan bilik air bersih. Tu sebab mama kena cuti besok 26/8/2011 (Jumaat) dan satu lagi apa sebab mama kena cuti sebab mama nak gi ambik baju raya mama kat dengkil lepas tu mama nak gi JJ nak cari baju tuk kakak husna n abg hafiz, emmm almaklum ler seorang anak dara seorang bujang punya cita rasa tersendiri tak macam adam n habil apa yg mama sediakan dia org pakai. Tahun ni dah tak ikut turn balik kg dah cam tahun2 sudah, tahun ni kena bera

Iftar D' FOE puasa ke 24

Imej
Assalamualaikum Alhamduliallah puasa ke 24 tahun ni kami dpt buat iftar bersama2 dgn warga lab FOE. Kehadiran amat menggalakan ramai yg dtg bawak isteri, suami dan anak2. So semalam mama n babah gantung periuk means tak yah masak lega sungguh!!! Tepat jam 7 kami sekeluarga bertolak dari NEA 1 ke FOE. Syukur majlis berjalan dgn lancar, makanan pun sedap sesangat sehingga tak ckp nasi. Mama suka sgt sebab dpt gak mama iftar dgn kawan2 mama yg sporting habis. Ikut perancangan nak iftar kat perantau tp terpaksa di batal kan buat kat FOE je, alasan mama tak tau kenapa. Tp tak pe yg penting dpt gak mama iftar sama2 dgn kawan2 mama.Klu tak jadi CONFIRM mama merajuk hahahahaha ( tak ada benda lain nak protes merajuk jelah keje mama hahahhahaha) . Best sesangat dpt jumpa pasangan memasing bos mama a.k.a engineer pun dtg iftar sama2. Gambar buat masa ni mama x dpt nak upload sebab tak sempat. Insyallah lepas raya nanti mama update.

Kuih raya

Imej
Assalamualaikum Bila nak raya klu tak ada biskut raya confirm tak sah kan? cam tak menarik je bila tak ada biskut raya!! x kisah ler biskut tunjuk ke biskut buat sendiri ke asal ada biskut. Lagi best dan lagi terasa bahang raya klu kita buat biskut sendiri heheehh (ayat ni sebenornya kira ayat poyo mama lah sebab pertama kalinya mama n anak2 mama dpt buat biskut raya dlm 4 jenis). Pada mulanya tak ada pun perancangan nak buat biskut raya walaupun satu tp disebabkan cam tahun2 lepas gak mama tercabar dek kata2 husna so tahun ni mama jadi bersemangat sampai buat biskut raya sampai 4 jenis. Nak memuaskan hati husna so mama layan je lah anak dara mama ni, lagi pun pada mama sekurang2nya husna tahu cara2 buat biskut dan dpt menimba pengalaman. Next husna leh buat sendiri dari A-Z dgn dibantu oleh adik2.Kesian anak2 mama sampai tangan n kaki kena oven, mama proud walaupun pun kaki n tangan kena oven akhirnya semua biskut2 mama siap dgn jayanya. Ok mama nak update sikit pada cuti nuzul q