Catatan

makan buah sepuas2nya

Imej
*buah pulasan *babah tengah petik buah pulasan *abg hafiz main dgn monyet *heheh kena kejar *nama monyet ni 'untung' *abg hafiz n monyet *monyet atas pokok Hari sabtu dah janji dgn wan nak balik kg N9 sebab wan dah simpankan buah manggis n buah durian, tapi sebelum tu babah bawak kami sekeluarga gi ke kampung buah jenderam hilir makan buah kat dusun kwan babah. Kami bertolak kol 9 pagi n sampai kat kampung sungai buah dlm kol 9++. Bestlah dusun buah2 tu tenang dekat dgn sungai nyaman je...udara segar. Makan buah pulasan, rambutan sepuas-puasnya.Lepas makan tengahari kami sekeluarga balik ke negeri sembilan. Sampai je sambung makan buah durian dan buah manggis. Mama lupa snap gambar sebab kekenyangan sangat heheheheh. ~miss

Happy besday habil -setahun

Imej
Hari ni 6/7/2009 besday habil yg pertama. Pejam celik pejam celik anak mama no 4 ni dah setahun dah.Moga anak mama ni jadi anak yg soleh dah berguna kepada agama dan bangsa. Genap dah setahun habil dah pandai jalan n dah pandai merajuk pun hehhehehe..mama sayang habil muahhh.. ~miss

Happy besday abg hafiz yg ke 6

Imej
Happy besday abg hafiz yg ke 6 pada 5/7/2006. Dah besor dah anak mama..tahun depan dah darjah satu dah. Semoga anak mama menjadi anak yg soleh dah berguna kepada agama dan bangsa. Mama sayang abang. ~miss

Congratulation husna

Mama nak ucapkan tahniah kat kakak husna sebab dpt memperbaiki markah peperiksaan. Walaupun anak mama tak dpt no 1 tapi markah kakak byk peningkatan. Mama sayang sgt kat kakak. Doa mama semoga kakak jadi anak yg soleha dan menjadi contoh kepada adik2 amin..... ~miss

Abg Hafiz ada lawatan ke Akuaria KLCC

Hari ni abg hafiz ada lawatan ke akuaria KLCC, wah bersemangat abg hafiz bangun pagi cepat je bangun n bersiap sendiri.Klu tak emm...sure kena berdukung nak ke bilik air n tunggu abah pakaikan baju. Tapi hari ni lain pulak abg hafiz semua buat sendir hehehehe..excited nak naik bas.Minggu lepas siap mintak belikan kasut baru, sebab cikgu dah pesan kena pakai sport shoe.Cam biasa kol 7.45 dah send hafiz ke sekolah, siap bekalkan air, baju sejuk n sapu tangan. Balik abg hafiz seronok sgt n mama ambik kol 4 ptg, abg hafiz kata cam pernah pergi je...heheh memang ler sebab tahun 2005 kita sekeluarga dah gi dah. Masa tu abg hafiz baru 2 tahun ++ and mama mengandungkan adam dlm 6 bln ++.Macam2 abg hafiz citer sampai tak larat nak dengar. Adam merajuk sebab dia tak dpt nak naik bas n tengok ikan....huhuhu. adam : mama! adam dah pakai baju merah nape tak dpt nengok ikan? semua pergi rayyan pergi, puteri pegi,aziz pegi cian adam. ayat cian adam tu yg tak tahan nak dengar tu ..... mama : sebab ada

Happy besday mama n weeding aniversary 9 years

Imej
Hari ni 23/06/2009 adalah hari yg bermakna buat mama. Pertama hari kelahiran mama dan yg ke 2 adalah hari dimana mama nikah dgn babah :D. Kini dah mencecah 9 tahun perkahwinan mama n mama telah dikurniakan dgn 4 cahaya mata yg sihat2 belaka n menceriakan hidup mama n babah. Babah hadiahkan mama kain sutera warna biru hehe sure suruh buat baju raya ni.Anyway thank to babah. Mama pula hadiahkan kek aniberseri yg mama tempah dari mama ena , thank a lot to mama ena cantik kek tu mama ckup puas hati. ~miss

Selamat Hari Bapa

Imej
Sempena hari bapa pd bln june ni mama nak say selamat hari bapa terutama pd bapa mama iaitu DARMAN BIN SAPON pada babah a.k.a hubby mama, abg2 mama, abg ipar mama dan kepada bapa2 dimamalaysia:D. Bila sebuat hari bapa mama dah mula sedih sebab bapa mama tengah sakit sekarang ni. Bapa mama sekarang berada di hospital besar seremban ward 7 katil 32 A.Tetiba mama teringat kenangan2 masa mama kecik2 dulu2. Bapa mama ni klu balik dari keje sure akan bawakan jajan utk anak2 dia time tu anak2 yg masik kecik kakak mama kak yah, mama n adik mama iaitu mak usu. Bila dia balik je sure dia akan panggil kesemua anak2 ppuan dia dgn panggilan manja intannn...mama sendiri pun tak tau apa sal bapa mama suka sgt dgn nama intannn tu.Jadi kami semua akan dtg n berebut2 jajan yg bapak mama bawak huhuhuh tetiba lak menitis air mata mama teringat kisah2 lama. Hari ahad lepas mama sempat bawak anak2 mama melawat atuk kat hospital seremban sebab paru2 atuk ada jangkitan kuman. Sebenarnya atuk dilanggar bebudak