Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Celebrate birthday Mis Aimy yg ke 6

Imej
Assalamualaikum 28.10.2017 Ada majlis aqiqah pangkat cucu pada mama so mama sekali sambut birthday Mis Aimy yg ke 6 Mis Aimy celebrate sekali dengan cucu mama Imanina Atok hisham gunting rambut iman sebelah kanan anak sedara mama yg mama jaga masa kecik jadi bila anak sedara mama dah ada anak mama naik pangkat sikit jadi nenek so babah jadi atok mama ambik kesempatan menyelit nk sambut birthday mis aimy dah semua adik beradik mama berkumpul so the best time nak menyelit ehheheheh disebabkan ada camera man so byk gambo tak dpt mama nk upload kena tunggu camera man tu send siap edit so nanti ada masa free mama upload macam biasa klu ada majlis2 yg  melibatkan adik beradik berkumpul jadi sessi bergambor 4 beradik ppuan ni wajib sebab majlis anak anak sedara kira kami ber4 ni org kuat lah so kena pakai sedondon hahahhaha.. alhamdulllilah impian nak pakai baju sedondon tercapai terima kasih mak usu beli kan kakak2 mu ni kain yg cantik :)

Hafiz Jantan wakil daerah sepang sepak takraw kuala langat

Imej
Assalamualaikum 12.10.2017 khamis turn abg hafiz pula wakil daerah sepang sepak takraw bawah 14 tahun perlawanan dijalankan di kuala Langat team abg hafiz Daerah sepang kalah diseparuh akhir jadinya kena balik awal lah abg hafiz position killer mama dah ckp bangga  teruskan usaha tahniah untuk abg sampai keperingkat ini gagal ini bukan gagal untuk selama2nya cuba lagi ditahun hadapan

Mark Adam wakil Daerah Sepang Sepak Takraw bawah 11 tahun Kuala Selangor

Imej
Assalamualaikum Sambung balik perlawanan sepak takraw wakil daerah abg adam hari selasa  10.10.2017 lepas latihan terus direct ke kuala selangor bersama 2 pasukan dan 2 orang guru sekolah. Terima kasih dekat cikgu Ade dan cikgu Zaini. Jadinya abg adam kena bermalam kat Kuala Selangor sobb...sobbb mama yg risau sebenarnya abg adam relax je  adalah juga mama wasap cikgu tanya perkembangan abg adam. Cikgu send gambo pukul 5.52pm baru sampai di Kuala Selangor berhenti sekejap untuk solat asar pengalaman untuka adam berjauhan dengan mama ayat abg habil  relax lah mama abg adam masih kat malaysia lagi :P makan malam sebelum rehat kat home stay yg disediakan  tengok anak2 happy   bilik tido yang disediakan nampak selesa dengar penerangan dari cikgu sebelum msuk tido abg adam duduk belakang  abg adam seorang je yg guna cermin mata 11.10.2017 dah bersiap2  sedang mendengar taklimat dari cikgu wakil daerah sepang 

Mark Adam dan Hafiz Jantan latihan pusat

Imej
Assalamualaikum ampun maaf mama baru sempat nk update story bulan 10 habis je abg adam exam UPKK terus ada latihan pusat abg adam wakil daerah bwh 11 tahun abg hafiz lak wakil daerah bawah 14 tahun Serentak 9.10.2017 isnin dua beradik ada latihan pusat syukur balik hari je tak ler jauh sgt abg adam latihan pusat dekat SK KLIA abg hafiz latihan pusat dekat SMK Bandar Baru Salak Tinggi abg adam latihan pusat 2 hari je rabu dh start lawan kat Kuala Selangor abg hafiz latihan pusat 3 hari lawan dekat Kuala Langat tahniah mama ucapakan sebab terpilih wakil daerah untuk sek rendah dan sek menengah Cyberjaya.. berlatar belakangkan court sepak takraw baru di NEA

Mark Adam UPKK 2017

Imej
Assalamualaikum 2.10.2017 hari yang dinantikan exam UPKK tuk sek agama darjah 5. Abg adam dah puas lawan sana lawan sini sepak takraw so kena focus tuk UPKK. Sek Agama Ahamad Razali Dengkil mengambil langkah bijak dengan mengadakan kelas tambahan pasa sesi pagi dan anak2 tidak dibenarkan balik sehingga habis peperiksaan. Jadi untuk kebarangkalian anak2 datang lewat atau tidak dapat hadirkan diri semasa peperiksaan adalah tipis. 2hb Oktober 2017 hingga 05 Oktober 2017 peperiksaan UPKK akan dijalankan.Terima kasih ustazah kelas adam 5 Syafie yang rajin buat kelas tambahan siap snap gambar bagi wasap kat group parents. mama doakan moga adam dpt jawab soalan dengan tenang. Apa2 keputusan mama terima n mama tahu adam dah buat yang terbaik. Usaha dah ada, so tawakal je lah n berserah. gambar dari ustazah guru kelas 5 Syafie alahai anak dpt tengok gambo sejuk hati mama berusaha lah nak bersungguh2 besok nk kiamat hari ni masih boleh tanam benih moga ALLAH permudah

Kejohan KFC Utusan Endorsed by Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Tb Khamis 28.09.2017 abg adam mewakili KESS (Kelab Sepak Takraw Salak) dalam Kejohanan KFC Utusan  v v v keratan akhbar   Stadium paroi   adam jersi no 3   regu KESS B Pasukan KESS dari Sepang jadikan ini satu pengalaman dan juga titik tolak tuk adam lebih berusaha. Walaupun lawan dengan wakil2 kebangsaan wakil2 negeri mama tetap bangga dengan adam sebab dpt tewaskan wakil dari seremban. Bergu adam kalah dengan pasukan dari kelantan dimana semua pemain adalah pemain kebangsaan. Jgn mudah mengalah perjalanan adam masih jauh ..

Raya Haji 2017

Imej
Assalamualaikum TB hari raya haji 2017 Maaf sgt2 sebab baru nk update  tak pe lambat2 pun lambat lah asal ada sebagai kenangan2 tuk anak2 mama pas solat hari raya kat MMU terus bertolak balik sepang tahun ni raya haji tak balik ke N9 sebab mak mertua gi rumah adik ipar kat pahang. Anak2 semua suka sebab dpt balik sepang n ada aktiviti berkumpul dengan semua adik beradik mama dan sepupu sepapat.  Jadinya mama pun menyelam sambil minum air mama sambut sekali birthday kakak husna, abg hafiz, abg habil dan babah sekali So meriah sikit dapat sambut birthday ramai2 2 biji kek ni mama order kat kg je murah pun murah dan sedap   gambar 1 keluarga sambut birthday bulan 7 dan bulan 8 sorry sebab lambat celebrate sebab kakak dah msk asrama jadi nak fix date susah sgt tak pe kan lambat2 pun celeberate jugakan :)   sebahagian cucu2 lelaki dan ppuan bonda Samirah opps terselit pulak 2 org cicit bonda pic ni yang paling mama suka gambor dgn mak dan 

Korban 2017

Imej
Assalamualaikum TB 04.09.2017 Perdana Menteri beri cuti  sempena sukan sea Malaysia telah memungut emas melebihi sasaran 111. MMU telah mengadakan aktiviti korban lembu sebanyak 6 ekor jadinya babah berkesempatan joint aktivit korban start dari kol 7.30pagi sampai ler 3 petang  Alhamdulillah dpt lah babah daging dan tulang dari MMU anak2 mama semua ikut babah ke surau cuma mama dgn kakak husna je kat rmh mama tlg kakak siapkan assignment kakak yg melambak byknya sebab ptg dah nak send kakak balik asrama alhamdulilah dpt gak kakak siapkan assignment dengan jayanya walaupun ada yg last minute kena print kol 12 tengahari mama gi juga ke surau tp tak dpt lama sebab dtg pun cuma nk ambik Aimy n Aufa je sebab dan meragam penat main dengan kawan2 kat surau. Ramai staff mmu yg tolong ptg daging, timbang, siapkan bahan masak dan lain2 lagi. Mama je x dpt nk tolong jadinya wakil kan babah n anak2 jelah. sessi sarapan pagi aktiviti melapah

Mark Adam Sepak Takraw Perangsang Selangor tempat ke 2

Imej
Assalamualaikum TB 23.09.2017 Sabtu Disebabkan abg Adam ada pertandingan Sepak Takraw Tertutup Perangsang Selangor Bwh 12 tahun jadi kami sekeluarga terpaksa balik kg N9 lepas abg adam habis perlawanan. Seawal 7.30pagi babah dah gi ke Dewan Orang Ramai Serin Resident Cyberjaya dibawah pengawasan cikgu Sek Rendah Cyberjaya. Babah, abg hafiz n habil temankan abg adam sekali gus bagi moral support. Mama, adik aimy n adik aufa je tak ikut n tunggu babah update je. Pertandingan habis kol 4 petang tahniah abg adam dan pasukan Sek Rendah Cyberjaya group A dpt tempat ke 2. Abg Adam jersi no 13 Final jersi kuning Sek Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 lawan jersi biru Sek Kebangsaan Cyberjaya  Sek Keb Cyberjaya tempat ke 2 SK Cyber VS SK Kg Baru Lanjut ~ menang SK Cyber V SK TPP2B ~ menang SK Cyber V SK TPP2A  ~ menang Final SK Cyber V SK TPP2B ~ kalah v v v v v v v aksi2 adam  babah bagi sokongan kat adam  *babah pakai tshirt ku