Sanah Helwah Mis Aimy Humaira turn 5


Assalamualaikum
Semalam 11.10.2016 selasa ulang tahun kelahiran anak mama no 5
Mis Aimy Humaira
Aimy dah besar dan selalu akan tanya bila Aimy nk sambut birthday?
mama ckp bln 10 lepas birthday kakak, abg hafiz n abg adam baru birthday Aimy bulan 10
Aimy request nk mama buat kan kek dengan goodies hantar dekat sekolah
mama dgn babah boleh datang sebab masa birthday kawan Aimy mama dengan abah dia boleh datang.
Bila dekat sekolah belajar subject BI cikgu Salmah akan tanya "what day is today" dan Aimy dah belajar dan hafal nama2 bulan Januari Feb Mac.
Jadinya bila msk bln 10 Aimy hari2 pesan suruh bawak kek n goodies ke sekolah.Siap mention nak kek gambo boboiii :(
Oklah sayangkan anak mama pun requestlah kek dekat NITAPIS bakery gambo boboiii layankan jelah..

sebelum gi sekolah siap2 pesan kat mama jgn lupa datang hantar kek dengan goodies sebab Aimy dah bagi tahu dengan cikgu dgn kawan2
mama tahu sebab mama whatshap cikgu Salmah jawab mama sambil pakaikan Aimy kasut
muka ada nampak senyum :)

kek 1/2kilo je layankan karenah Aimy je
lagi pun classmate Aimy tak ramai total 24 orang sahaja sebab seorang dah berhenti 
semalam 3 org absent
sebab nak gambo boboii kek jadi mahal sikit gambor je dah RM 25.00


goodies lak pakai apa je yg ada kat rmh
isi dlm goodies tu ambik kat kedai jimat dah
mama bubuh nama kawan2 Aimy siap2 senang karang tak berebut


rezeki Aimy sebab babah attend sekali majlis birthday
babah sakit pinggang so dpt MC
sanah helwah Mis Aimy Humaira
doa mama moga Aimy sihat dijauhi dari penyakit2 yg berbahaya
jadi anak yg soleha
berguna kepada agama bangsa dan negara

tang ni mama suka
buat kenangan2 moment2 indah sambut birthday Aimy kat sekolah
mama tahu Aimy happy sangat sebab dpt sambut dengan kawan2.
mama pun mood happy sebab realisasikan impian Aimy
sorry ye muka babah ketat sikit sebab babah tahan sakit pinggang
sebab nak layan mama bergambar so kenalah babah duduk.

Balik dari office je mama terus kedapur
nak kejar masa sebab abg adam ada kelas tambahan bahasa english
jadinya kena settlekan semua sebelum kol 8 malam
nak celebrate besday Aimy kat rumah pulak sebab adik beradik yg lain tak makan kek lagi.
itulah kan ada anak ramai so kenalah jaga perasaan anak2 lain
masak simple je bee hoon goreng dengan air sirap
kek memang kena ada 
2nd kek utk Aimy
order dari mak mira.. kek cheese kegemaran anak2 mama 

 cheese kak perasa kopi
mak mira baik hati siap deco kek aimy
terima kasih mak mira ..kek 1kilo ni sekali hadap 1 family habis licin
kakak husna hantu kek 

 macam biasa aktiviti tahunan sambut besday
abah akan baca doa mohon Allah lindungi anak2 semua
abaikan latar belakang yg bersepah harap faham anak ramai memang cam gini sepah sana sepah sini dah tak leh nk sorok2 lagi barang sebab rumah kecik. Doakan kami moga kami sekeluarga dapat rumah yg sempurna amin... 

hadiah dari mak mira tuk aimy
bekas pencil warna biru
terima kasih mak mira


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya