Karnival keusahawanan PIBG Sek Keb Cyberjaya 31.01.2016

Assalamualaikum

30.01.2016 Sk Cyberjaya ada mengadakan aktiviti karnival keusahawanan PIBG bertujuan tuk kumpulkan dana bagi memperbaiki surau.
Aktiviti tersebut diwar2kan kepada semua murid jadi anak2 pun excited nk gi siap beli kupon RM 10.00 setiap seorang abg adam, abg habil n aimy.
Kalau ikutkan babah malas nak joint tp atas desakan kuasa VETO abah terus turun ke tahap yg paling maksimum hahahhaha... kalah dengan anak2.
Babah balik berniaga kol 3 pagi jadi seawal kol 8.30 nk gi kesekolah jadinya babah tak ckp tidur.
keluar awal sekali nak send abg hafiz ada latihan sepak takraw kat sek menengah
abg hafiz dengan sepak takraw susah nak dipisahkan terpilih lagi tuk wakil sekolah bawah 15 tahun.
Ada 10 buah gerai yg dikendalikan oleh guru2 
*gerai sup
*air
*ice blended
*laksa
*pasta
*burger
*buah-buahan
*nasi lemak
*desert
*goreng

ada juga disediakan permaianan 
1. rumah hantu
2.permainan air
3.permainan belon

juga ada pameran
1.polis
2.bomba
3.bank rakyat
4.kesihatan
5.Mps

ada cabutan bertuah sebanyam 25 hadiah
artis jemputan  NORISH KARMA

jadi mama pun angkutlah semua gula2 hati mama
bila dah bawak semua kena beli kupon tambahan total semua RM 60.00
oklah tu kira berbaloi dpt makan dan anak2 pun gembira
alhamdulillah anak2 dah besar dah boleh buat aktiviti sendiri
abg adam n abg habil gi sendiri dengan kawan nak masuk rumah hantu
abg hafiz dah gi latihan 
kakak pulak joint kawan2 
jadi tinggalah mama dengan babah aimy n aufa
babah dah penat memang statik je lepak kat kantin dari mula dtg sampai lah dah nak balik
jadi mama lah handle aimy n aufa pun statik je lah kat kantin juga 
tp ada gak mama jalan2 juga kat area2 jual makanan n kat tempat cabutan bertuah
tp masa mama byk kat kantin makan2 sambil handle aimy n aufa
meh ler layan gambo2 sebagai kenangan

 babah ngan aufa
time ni turn mama makan so aufa dengan babah
sambil2 mama snap gambo 

suka sgt sebab dpt makan aiskrim
dah tak boleh mama pegang nk pegang sendiri

 bab boleh bergayut mama terkejut sgt
sebab kat kantin ni lah mama tengok aufa boleh bergayut
tengok telatah aufa 
kecik2 cili padi 

boleh bergayut sambil berbuai
alahai ank

anak2 lain tak dpt mama nak snap gambo sebab memasing ikut haluan memasing
jumpa pun sekejap2 sebab anak2 nak makan n minum
pastu hilang dengan kawan2
berkumpul semua sebab nak balik je
bila time nk balik batery hp habis
sudahnya tak yah ler snap gambo :(
kol 12.00 terus balik sebab memasing dah penat dah




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya