luahan rasa @ teguran kepada perokok2 di Malaysia

As salam
Ok hari ni mama nak buat sessi luahan perasaan kepada perokok2 tegar
kejadian masa attend majlis kawin kat selayang
ok kepada perokok2 tegar aka kaum bapa
sebab yg merokok kaum bapa bkn kaum ibu
ok mama direct to point
mama tak kisah ler nk merokok berapa byk pun nk sumbat kat telinga ke kat hidung ke nak hisap 1 kotak pun mama tak kisah
tp sensitif ler n hormat lah pada tetamu2 yg lain
terutama kanak2 dan wanita2 tua 
nak kata tak ada pendedahan pasal bahaya merokok tgok kat tangan memasing gejet canggih siap ada FB lagi
tp tak kan tak ada dpt maklumat pasal bahaya merokok
cuba bayangkan faham2 jelah majlis kawin 
time makan sure ramai org kat khemah
dan sensitif lah sikit khemah adalah tempat yg ala2 tertutup walaupun ada kipas asap2 rokok tu tak leh hilang
kalau dah habis makan tu beredarlah n merokok kat bawah2 pokok ke kira jauh dari org ramai
dah ler duduk kat belakang mama n anak2 boleh dia menghebuskan asap rokok tu dgn tanpa rasa serba salah
tak kan mama nak ckp oiiit cik abg anak saya ni tak leh hidu asap rokok!!!
kesian aufa terkulat2 muka sampai batuk2 sebab hidu bau asap
nak tak nak mama bangun ler cari tempat yg  jauh sikit utk elakan bau asap rokok
bila dah habis mamat tu rokok mama pun sambung lah makan
kalau ikut hati mama ni nak je kasi pelempang!!
langsung tak ada rasa bersalah dan sensitif..bkn mama je yg tak tahan makcik2 sebelah pun tak tahan kesian dia org
perokok2 ni mementingkan diri sendiri 
kalau nak dpt penyakit sakit ler sendiri jgn ler effect pada org lain
tak kisah sebenarnya mama hormat perokok2 ni klu nak hisap mama tak larang hisaplah 1 kotan pun leh klu nak 
tp cuba cari tempat2 yg sesuai bkn nya tempat2 yg tertutup cam majlis kawin yg ramai org.
mama rasa tak belajar sivik or adap kot!!
itulah luahan hati mama terhadap perokok2
mama rasa tak semua kot perokok2 cam tu
mama tengok kawn2 mama yg ada anak klu nak merokok dia org merokok kat luar depan pintu
ada gak yg kat majls kawin dia org rokok kat bawah pokok kat tempat parking tempat basuh pinggan 
tak semua org boleh terima bau rokok kena sensitif tengok klu ada anak2 kecik ...tak kan ibu2 yg ada anak kecik nak terangkan apa masalah anak..
kalau kat kedai makan pun sama
apa salahnya lepas habis makan cuba keluar dari kedai  klu nak hisap rokok
ni tak kat situ juga dia hisap n lepaskan asap
itu lom lagi rokok cerut
dia punya bau pehh melekat kat baju n tudung mama 
pada remaja2 yg nak belajar2 merokok or ada niat nak merokok tu harap ko orang batalkan je niat tu.. tak bagus utk kesihatan n buang duit je
pada yg dah merokok tu belajar2 lah kurang kan rokok or belajar2 n kuatkan semangat berhenti merokok
pada perokok2 tegar tu tak tau nak nasihat apa... sayangi lah diri sendiri dan sensitif lah sikit kat org sekeliling
kalau nak sakit jgn libatkan org sekeliling
ok baiii
p/s syukur sesangat babah tak merokok!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya