Weekend yg pack

Assalam
Cuti hujung minggu yang pack
1.Hari sabtu abg habil kena ambik exam utk darjah satu 2015
2.Family day maybank kat bagan lalang
3.Rumah abg mama sibuk sebab ahad ada kenduri tahlil
So babah rancang aktiviti satu persatu,supaya dapat attend semua aktiviti.
Babah send habil ambik exam kat sek
so kat rumah mama prepare2 barang kemas apa yg patut 
kol 9.30pagi babab balik ambik kami semua sarapan pagi n terus ke sek cyberjaya

 muka happy bila dah habis exam
bila tanya boleh tak habil buat
jawapan cam biasa boleh!  senang je!! huhuhu
 
  sementara tunggu babah selesaikan urusan habil kat koperasi
mama tukar kan habil baju n snap gambor hehehe
anak2 pakai baju sedondon oren
kesian aimy n aufa saiz tak ada
aufa oklah tak pakai baju oren pun tak pe sebab x tahu nak request
tapi aimy dah besar so dia tengok semua pakai baju oren so merengek2 nak baju oren.
puas ler mama cari baju lama2 dlm box
lega hati dpt ler baju oren Upin Ipin tapi dah pudar warna
tak pelah asal aimy diam
habis je urusan habil terus shoot ke bagan lalang

sampai bagan lalang je babah sibuk handle homestay
babah tengah bagi taklimat
 semua anak2 mama lepas kan kepantai
kakak, abg hafiz n abg habil main layang2
aimy main bubble
adam main bola
suka hatilah main puas2 mama bagi lampu hijau :)

 part ni mama paling suka
sebab dpt gambor 1 family
adoiii mama lupa nak sarung baju oren
so tak dpt ler ambik gambor sedondon huhuhuh
memandangkan petang hujan turun dengan lebat 
so aktiviti bbq sampai mlm
habis je bbq terus shoot kerumah mak usu kat bagan lalang juga nk
tumpang tido sebab babah tak larat nak balik kampung penat sgt.
anak2 pun merengek dah penat.
lepas solat subuh babah dah keluar nk handle sarapan pagi member2 babah yg kat homestay
so balik kg tumpang mak usu..
 ha! ambik tugasan dah tunggu
anak2 kena isi goodies dlm beg
utk majlis kawin kakak nurul 29.11.2014 ni
abang2 n kakak2 mama sibuk kat dapur
nk buat kenduri tahlil dan kenduri kesyukuran request dari nenek
 sambil2 berbincang aturcara majlis kakak nurul nanti
heheheh abg2 mama sibuk kemas kan kawasan sekeliling
bagi luas kawasan, nanti  hari rabu dah nak pasang khemah.
potong2 dahan2 pokok,potong rumput, bakar sampah, sapu2 sampah.
  
 bila babah dah balik so boleh ler mama jalankan aktiviti mama pulak
mama handle  nenek, kebetulan nenek buang air besar
so mama uruskan nenek
sambil2 babah handle aufa n berborak dengan nenek
syukur nenek makin sihat
kaki kanan dah tak bengkak lagi dah
cuma kaki kiri still disimen lagi
nenek makin ceria n berselera nak makan
 
ni aufa main2 dengan babah
kakak n abg2 buat aktiviti sendiri dah tak hiraukan aufa dah.
syukur semuanya berjalan dengan lancar 
kenduri lepas zohor.
habis je kenduri dapat lah mama luruskan badan sementara tido kan aufa




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya