Raya 2011

Assalamualaikum

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T yg tidak terhingga kerana mengizinkan perancangan mama berjalan dengan lancar dan tersusun. Mama dpt menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menantu dan babah dpt menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Walaupun penat tapi mama puas hati dpt mengembirakan mak mertua mama aka mak kepada babah. Almaklum ler mama kan menantu sulung dan babah adalah anak sulung so semua tanggungjawab di bahu mama dan babah. Syukur baby dlm perut pun faham dgn situasi mama tak byk ragam. Sehari sebelum raya memang mama dan babah sibuk sesangat tp syukur semuanya berjalan dengan lancar. Rendang ayam siap! rendang daging siap! lemang siap ! (beli je tahun ni first time tak buat sebab tak larat), ketupat segera siap! kuah kacang siap! kuih muih siap! air siap! kemas2 siap! heheheh semua dah siap!!! suka2x

Raya yg ditunggu2 pun menjelma cam biasa pagi2 kami anak beranak dah bangun sama2 solat subuh berjemaah. Anak2 senang diuruskan sebab memang awal2 dah ckp dah besok hari raya!!..dah pesan awal2 pagi2 raya tak mau byk ragam sebab mama byk keje nak tlg wan.mama cam biasa as a menantu sulung masak air n buat air utk sarapan pagi prepare mee hoon dibantu oleh mak mertua. Lenguh gak ler tangan ni nak meratakan mee hoon sekuali besor mama buat heheheheh. Jgn risau baju2 raya memang mama awal2 dah get ready mama dah gosok so pagi raya tak ler kelam kelibut. Sementara tunggu babah, hafiz, habil, atok, pak lang n pak ngah balik dari solat raya mama prepare2 apa yg patut maksudnya make up ler lawa sembut lah minyak wangi byk2 sebab nanti ada sessi maaf bermaafan kena lah wangi2 heheheh..

Lepas sessi maaf bermaafan kami semua gi raya ....byk sgt citer meh ler layan gambor yg ada.




*Selamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin

*mama n wan so touching !!!

*babah dgn wan

*tak terkata2

*mama n babah

*Husna n babah

*Hafiz n babah

*Adam n babah

*Habil n babah

*Husna n mama

*Hafiz n mama

*Adam n mama

*Habil n mama

*babah n mama

*Hafiz n mama again




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya