Thursday, December 31, 2009

Sobb...sobbb...

SELAMAT BERPINDAH KAK AIDA

Semalam 29.12.2009 comfirm 100% kak aida sekeluarga berpindah ke bukit mahkota. So saat2 sedih anak mama ni bila berpisah dgn kawan baik klong n kngah. So petang semalam kami semua habiskan masa bersama main komputer dan minum petang bersama vanue kat mamak FCM hehehe . Time touching time klong n kngah bersalaman dgn husna n hafiz huhuh berjurai gak ler setitik dua air mata anak dara mama ni mama pun nak ikut sama gak tapi mama hebat mama leh cober line..klu tak sure anak dara mama makin lebat berjurai.So meh ler sama2 kita layan beberapa pic yg ada buat kenang-kenangan. SELAMAT BERPINDAH KERUMAH BARU N SELAMAT TAHUN BARU, DGN UCAPAN JGN LUPA KAMI DISINI.
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#






Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010

Pejam celik pejam celik lagi beberapa jam nak msk tahun 2010. Ini bermakna mama makin bertambah usia dan anak2 mama makin membesar. Byk kenangan indah ditahun 2009 yg bermakna dlm hidup mama. Syukur dlm tahun 2009 tak ada peristiwa2 yg sedih2 semuanya hapy2 je...mama harap tahun 2010 memberi sinar kebahagian kepada keluarga mama dan semoga bertambah2 rezeki mama sekeluarga. Dikesempatan ini mama nak ucapkan SELAMAT TINGGAL 2009 DAN SELAMAT DATANG 2010.

Thursday, November 5, 2009

Hari ke 8 habil sakit mata n turn mama lak sakit mata

*hari ke 8 habil sakit mata
*tak selesa kot tido sebab selesama so tido menongeng huhu

Ari ni 5/11/2009 mama menunjukan tanda2 sakit mata kedua belah mata mama dah merah. Mama mula rasa tak sedap kat mata rasa pening pala mood tak bagus dah rasa mata tak selesa. Tp pagi ni mama dtg gak keje n bawak sekali habil. Mama dtg pun 1/2 hari je coz mama nak settle kan beberapa perkara pasal purchase barang, pasal supplier, pasal asset n pasal dispose barang. Emm tp tak dpt nak settle gk coz habil meragam tak sudah2 huhuhu. Mata mama makin tak selesa jadi kol 12++ mama gi klinik huhu doc ALI confirmkan mama sakit mata dpt ler MC 2 ari.Hari ni hari ke 8 habil sakit mata. Boring kot dlm rumah je habil meragam nak jalan2 kot bila bawa keluar baru ler diam.

Habil still meragam x sudah2 jadi mama mintak tlg kat umi ambik kan abg hafiz, kakak husna n kakak hana. Thank kak aida !.

Tuesday, November 3, 2009

Hari ke 6, temu janji dgn doc mata kat zahrah bangi 3/11/2009

*sebab sakit sgt kot sampaikan 3 org pegang habil huhuh

Hari 3/11/2009 ni habil ada temujanji dgn doc pakar mata (doc Hassan) kat ALZAHRAH BANGI. Hari ke 6 habil sakit mata.Temujanjik kol 4 ptg. Hari ni mama keje gak belah pagi so habil babah take care. Dah 2 ari babah cuti utk jaga habil coz mama nak settlekan byk keje sebelum student naik. Hari ni mama 1/2 day coz nak kena bertolak dari rumah kol 3.30 ptg. Huhuh sadis sungguh sebab mata habil dah ada jangkitan tu sebab mata n kelopak mata habil bengkak. Dah ada selaput putih kat kelopak mata habil so kena cuci. Bab cuci mencuci ni lah yg mama jadi gerun huhuh mama ambik gambar pun jauh2 je bila tengok balik entah apa2 gambar yg mama ambik, tak pe asal ada gambar buat kenang-kenangan dah memadai.


Sedih mama sebab habil meraung punyalah kuat aduhhh...sampaikan nurse 2 org n babah pegang habil. Habil meronta2 sure sakit kena cuci tengok doc tu cool je cam tak ada perasaan huhuh..sabor jelah. Tersedu2 habil dibuatnya....yg mama jadi confuce tak nak lak dgn mama asyik melekat je kat babah. Ini lah pertama dlm sejarah keluarga kami sakit mata sampai bengkak2 ...

Monday, November 2, 2009

God luck kakak husna

Hari ni hari ke 2 peperiksaan akhir tahun kat SK Cyberjaya. God luck kakak ....doa mama semoga akak jadi anak soleha dan berguna kepada agama dan bangsa amin.....Sebenarnya peperiksaan dah start ari jumaat dimulakan dgn subject Pendidikan islam. So hari ni isnin subject bahasa melayu 1 dan bahasa melayu2. Insyallah akak dpt menjawab soalan dgn tenang dan cuba sedaya upaya ye!.

Habil sakit mata



Habil dah msk hari ke 5 sakit mata. Memula mata dia jadi merah sikit msk hari ke 3 jadi sepit n berair. Hari khamis mama dah bwk habil ke klinik kat mmu ni n doc pun dah bg ubat titis kat mata, hari jumaat bawak habil ke office tapi mama ambik 1/2 day je sebab kesian habil sure tak selesa klu kat lab dgn cuaca sejuk. Hari sabtu n ahad kmi semua balik kg mama kat sepang , masa tu mata habil ok lagi walaupun still sepet..yg ketara hari isnin siap bengkak2 lagi mata habil. Hari isnin turn babah lak jaga habil sebab mama byk keje urgent nak settlekan. Baba bg message yg mata habil makin bengkak n tak leh nak open eye serta demam selesama n batuk. Emmm hari ni mama ambik ler cuti 1/2 day lagi huhuhu. Petang tu gak mama n babah bawak habil gi zahrah bangi huhu lagi ler tension doc kata ni dah teruk kena jumpa gak doc pakar * dlm hati sure doc ni nak duit je kot ....habil merengek2 je sebab gatal kot or tak selesa...buat ler tem janji so besok kol 4 petang kena jumpa doc pakar. Tp sebelum balik doc ada bagi lah ubat titis (ubat yg sama gak ) ubat demam+selesema/tahan gatal n batuk. Cepat2 lah sembuh habil mama dah tak ada cuti dah ni...harapkan babah jelah tu pun babah dah merungut2 jaga habil yg macam2 ragamnya, klu dah merajuk siap jatuh2 kan badan n golek2 lagi tu belum dgn meraung2 menangis cam kena belasah huhuhuh

Wednesday, October 28, 2009

Raya tahun 2009 di Sepang

Raya dah habis mama baru nak upload n update blog pasal raya. Nasib ler belum raya haji lagi klu tak haru heheheh.Tahun ni turn raya kat kampung mama kat sepang.Tahun ni tema warna biru cair.Thank to k.aida a.k.a ummi coz carikan kain warna biru utk mama n husna. Masa first raya kat kg mama hujan so x dpt ler nak ambik gbar kat luar, belasah je lah asal ada gambar sebagai kenang kenangan. Nak dijadikan citer mama ambik gambar guna hp emmm tau2 je lah blur ni disebabkan camera kesayangan mama tu x ada batery huhuhu entah sapa pulak yg rembat. So layan ler gambar2 kat bawah ni
#
#
#
#
#
#

#
#

#
#
#

#



~miss